Wednesday, September 2, 2009

02 SEPTEMBER 2009


TODAYS JOURNEY...

MUZIUM SENI ASIA, UNIVERSITI MALAYA, KUALA LUMPUR

PAMERAN:
MALAPETAKA BOM ATOM:
TRAGEDI HIROSHIMA DAN NAGASAKI 1945
(20 OGOS - 31 OKTOBER 2009)

JEPUN,
Negara Jepun merupakan sebuah negara yang mempunyai satu keunikan yang tersendiri. Setelah 64 tahun mengalami kesengsaraan akibat daripada satu malapeka yang menjadi suatu musibah yang sukar dilupakan. Kini negara 'Matahari Terbit' itu telah muncul sebagai salah sebuah negara maju di dunia, malah lebih maju dari negara maju lain seperti Amerika Syarikat.

Namun begitu, tiada siapa sangka bahawa negara ini telah menyimpan seribu satu kenangan yang cukup sukar untuk dilupakan oleh setiap rakyatnya yang telah lama bangkit daripada suatu penderitaan yang cukup lama dialami.

Suatu yang menarik mengenai pameran ini yang telah diadakan di Muzium Seni Asia, Universiti Malaya ialah segenap ruang ada dipamerkan realiti keadaan yang dialami oleh Hiroshima dan Nagasaki yang menjadi dua buah bandar yang terkenal dengan serangan bom atom dan telah meragup banyak nyawa yang tidak berdosa oleh negara yang terlalu takut dengan kekuatan serta kebijaksanaan rakyat negara itu, namun begitu, kebijaksanaan dan kekuatan mereka itu tak pernah hilang dari jejaknya.

Sepanjang hari ini saya berkesempatan melawat pameran ini setelah lama menangguhkan masa. Dengan bertemankan beberapa rakan saya sempat meronda disekitar tempat pameran dan melihat sendiri kesengsaraan yang dialami oleh rakyat negara itu setelah dibom serta melihat sendiri kesan-kesan yang ditinggalkan selepas kejadian itu. Sungguh menyayat hati. Apa yang menyedihkan saya ialah, tidak ramai pelajar yang mengambil kesempatan ini untuk melawat ke muzium ini. Rugi rasanya sekiranya mereka tidak melihat sendiri apa yang dipamerkan disini. Terdapat banyak maklumat yang mampu mereka perolehi sepanjang mengunjungi pameran ini. Tambahan pula, tidak dikenakan walau sesen pun bayaran untuk melihat pameran ini.

Selain tayangan video, terdapat juga foto-foto mangsa pengeboman, artifak yang terdedah pada sinaran radioaktif, hasil tulisan mangsa bom atom. Selain itu, terdapat juga aktiviti seperti menulis mesej keamanan yang mana mesej ini akan disimpan dan dibawa pulang ke Nagasaki National Peace Memorial Hall. Rugi rasanya sekiranya tiada yang ingin mengambil kesempatan ini.

Satu lagi perkara yang begitu menarik perhatian saya ialah, saya diberi peluang untuk membuat seekor 'Burung Jenjang' dengan menggunakan kertas kraf. Di Jepun, dikatakan bahawa terdapat seorang kanak-kanak mangsa bom telah membuat lebih kurang 1000 ekor burung Jenjang dengan menggunakan kertas, dengan harapan agar dia dipanjangkan umur dan mengharapkan keamanan kepada negaranya, namun begitu, kanak-kanak tersebut meninggal dunia. Kini, 'origami' Burung Jenjang menjadi simbolik kepada masyarakat Jepun untuk membuat 1000 lipatan dan dirangkaikan bagi memohon keamanan.

No comments:

Post a Comment